trader saya sila dapatkan vps dgn harga rm60. depo usd 5k, free vps.
__________________________________________________

di sini kita akan bincangkan tentang strategy. sejak dari dulu aku cuba sampaikan strategy yg aku guna pakai tapi nampaknya sukar difamami oleh ramai client aku...

so, here goes nothing ....
_________________________________________________

konsep warlord  

Friday, July 10, 2009

____________________________________________

____________________________________________

strategy boleh kita maksudnya sbg perancangan. setiap tindakan perlukan perancangan apatah lagi pelaburan dan perniagaan. adalah sgt pelik bila trader kita atau setidak2nya ahli perniagaan kita tak buat apa2 perancangan dlm urusan mereka.

dlm bidang ketenteraan lebih ketara. kalau warlord takde perancangan, bakal tewas mudah la jawabya. perhatikan gambar diatas dan fikirkan..
____________________________________________
katakan kita ada pengkalan tentera. apabila kita nak buat serangan, kita akan sediakan unit2 serangan. unit2 ini dihasilkan oleh pengkalan tsb.
kita takkan arahkan seluruh pengkalan kemedan perang.
sebaliknya kita cuma hantar front liner dan backup sahaja.
sekiranya front liner tewas dan bacup gagal membamtu, unit2 tsb akan diarah pulang sebelum tewas terus.
___________________________________________
kita anggapkan akaun induk tu sebagai pengkalan.
akaun buffer sebagai unit sokongan dan akaun aktif tu sebagai barisan hadapan.
bila berlaku kesulitan pada unit hadapan, unit bantuan akan membantu selagi dia masih aktif dan mendapat sokongan dari pengkalan.
___________________________________________
itu hanya contoh setup utk perancangan asas je.
bayangkan kalau kita ada 2 pegkalan, 6 buffer dan 12 unit hadapan.
atau 2 pegkalan, 6 buffer dan 1 unit hadapan yg kuat gila.
atau apa2 saja susunan mengikut kebijaksanaan kamu sebagai warlord.
____________________________________________
tu la sebabnya aku selalu kata 'modal forex ni adalah semampu mungkin'.
bkn berapa mampu je.
bila kita letakkan hidup kita pada dia, kita dan ada perasaan yg akaun kita tu adalah negara kita dan kita takkan buat perkara2 yg memungkinkan kita kalah.

alaa... wargame boleh je disiplin.
ni game hidup mati takleh disiplin ke.
___________________________________________
ok. skang penjelasan lak.
semua akaun tu(induk, buffer, aktif) adalah sentiasa dalam trade.

akaun induk spt juga pengkalan tentera, dia perlukan modal yg amat besar tapi penghasilannya adalah kecil dan jauh dari bahaya serangan musuh.
sentiasa lah jadikan akaun ini sebagai kebal dari loss.

akaun buffer pula, sesuai dgn nama unit sokongan, modalnya juga agak besar. dia hampir dgn unit hadapan dan di trade agak agresif sedikit tapi masih menggunakan lot yg halus2.

akaun aktif. sesuai dgn tugas sebagai unit serangan. madalnya mestilah serendah mungkin. sekiranya tertewas, akaun buffer boleh refuelnya dgn mudah dan meneruskan serangan tanpa mengganggu pengkalan.
lot yg digunakan adalah lot yg besar.

penghasilan unit hadapan yg berjaya adalah berlipat ganda.
hasil dari unit hadapan ini lah yg dibuat sebagai income harian.
_____________________________________________
asasnya jenis2 akaun pada atlatis forex strategy ni ada 3 jenis aje.
tapi perniagaan forex kamu dah besar, dia akan jadi spt dibawah.

kalau dlm wargame peperangan antara benua, kita akan lebih banyak jenis unit. sebagai cth, pengkalan induk, pengkalan sokongan , unit sokongan, unit sokongan utama, unit serangan juga berbagai jenis.

asasnya tetap 'induk, support dan aktif.'
______________________________________________
selagi induk kamu masih ada, kamu masih in the game.
kalau induk mati, check mate sadakallah..
____________________________________________
tips nasik tambah..
perlu diingat. walaupun strategy perang kita dah ada.
keupayaan mengurus setiap unit akan menentukan kejayaan.

induk - akaun didepo semampu mungkin.
trade sehalus lot dan jarak yg amat jauh seolah gerakan graf akan bergerak dgn gerakan 20 tahun.

buffer - kalau kamu seorang yg sabar, akaun ini boleh fuelup oleh akaun induk.
lot adalah halus2 juga dan jarak gerakan 3 bulan diambil sebagai range play.
keluar dari range, close all, refuel dan start balek.

akaun aktif - jgn sekali2 depo kat acc ni. jgn topup dia.
modal yg sekecil2nya yg kamu boleh main dan lot yg kamu fikir kamu boleh handle.
kalau terancam, cutloss atau biar je mc.
pastu baru refuel guna akaun induk dan buffer.
_____________________________________________

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster